Dun Apas — 13 April 2013
Bersama Ketua Cawangan Dan Jalinan Rakyat(JR) kampung Kuala Apas.

Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menemui Ketua-ketua Cawangan dan Jalinan-Jalinan Rakyat penduduk Kampung Kuala Apas untuk berkongsi pandangan untuk menghadapi PRU13 yang akan diadakan pada 05.05.2013 ini.Pesanan Datuk ,  PRU13 ini adalah untuk menunaikan hak rakyat agar dapat menentukan masa depan Negara,Negeri dan masa depan anak cucu kita akan datang.Datuk Tawfik juga memesan dan menekankan supaya rakyat kekalkan mengundi Umno yang telah 40 tahun memerintah.Pesanan Beliau jangan beranggapan dengan perasan suka-suka memangka parti selain umno kerana dikhuatiri Malaysia akan hancur kerana rakyat dan kerajaan yang akan datang memerintah tiada yang mahu mengalah tentang pendapat masing-masing dan akhirnya bepecah belah.Datuk Tawfik juga menasihatkan kepada Ketua Cawangan agar memecahkan pemilih mereka kepada kelompok-kelompok yang kecil contohnya melantik seorang Jalinan Rakyat untuk menjaga 30 puluh orang pengundi untuk memudahkan pemilih turun mengundi  ketika menghadapi PRU13 yang akan berlangsung nanti.Kesempatan ini juga Datuk Tawfiq berkesempatan memberi sumbangan kepada Ketua-ketua cawangan dan Jalinan-Jalinan Rakyat Kampung Kuala Apas.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda