Dun Apas — 08 April 2013
Lawatan ke Pusat Daerah Mengundi Balung

Rakyat perlu membuktikan sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) demi menjamin kesinambungan agenda pembangunan dan transformasi nasional.
Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan menegaskan, sokongan terhadap kerajaan yang ditunjangi UMNO akan memberi peluang kepada pemimpin melaksanakan semua janji dibuat.
Katanya, sokongan padu tanpa lagi berselindung atau malu malah berbangga menjadi barisan hadapan yang menyokong calon BN adalah perlu bagi meneruskan usaha baik kerajaan yang terbukti memberi manfaat besar kepada rakyat.
Kekuatan organisasi perlu diperkukuh dan digerakkan secara tersusun di samping melipatgandakan usaha dan kerja keras selain bekerja lebih daripada biasa.Jentera bahagian UMNO telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Pusat daerah mengundi juga telah siap siaga,” katanya.
Tawfiq berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi kawasan Dewan Undangan Negeri Balung di sini semalam.Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tawau, Datuk Syed Abas Syed Ali, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tawau, Datuk Rosdianah Mohd Nor, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tawau, Ariffin Kassim, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tawau, Nazliah Ali, Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah Sri Tanjung, Fung Len Fui, Pengarah Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Balung, Hamild Awang dan Aktivis Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching.
Bagaimanapun, Tawfiq yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Tawau mahu setiap Jalinan Rakyat (JR) berusaha mengenalpasti pengundi-pengundi di kawasan masing-masing dan jangan leka dengan kelemahan pihak pembangkang.
Dalam perkembangan berkaitan, Tawfiq menjelaskan, tiada sebab munasabah untuk menukar kerajaan sedia ada berikutan BN telah banyak berjasa kepada rakyat dan jangan sesekali memperjudikan masa hadapan negara dengan memilih pembangkang.
Kerajaan BN katanya, telah berjaya meletakkan negara dan rakyat pada kedudukan membanggakan dari segi pencapaian ekonomi, keamanan, perpaduan rakyat dan keharmonian kaum.

 

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply