Dun Apas — 27 April 2013
Seminar Transformasi Pendidikan Peringkat Daerah Tawau

Datuk Abu Bakar Titinga  baru sahaja merasmikan Seminar Transformasi Pendidikan Peringkat Daerah Tawau yang dihadiri oleh pimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekitar daerah Tawau. Dalam ucapannya,beliau berharap ibu bapa akan berusaha bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Beliau mahu agar PIBG memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pendidikan. Seramai 100 orang pimpinan PIBG menghadiri program berkenaan. Turut hadir, Datuk Mary Yap Kain Ching, pengerusi penganjur, Rahman Yahya dan wakil Pegawai Pelajaran Daerah Tawau, Abdul Hadi Karim.

no images were found

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda

(0) Readers Comments

Leave a Reply