Dun Apas — 05 July 2013
Sesi Dailog dan Santai

Sesi Dailog dan Santai Menteri Belia dan Sukan Datuk Tawfiq Titingan bersama Pemimpin-Pemimpin Belia Akar Umbi ( Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak

Dalam sesi itu seramai 25 persatuan belia menerima geran peruntukan bernilai RM5000.

Pada majlis dialog itu, beberapa wakil persatuan mengemukakan cadangan untuk pertimbangan kerajaan, antaranya Persatuan Usahawan Belia Tawau yang mengesyorkan agar Kementerian Belia dan Sukan Sabah mempercepatkan pelaksanaan Pembangunan Kompleks Sukan Tawau fasa kedua.

Persatuan berkenaan turut mengesyorkan agar litar sukan permotoran yang semakin mendapat sambutan di kalangan belia turut diwujudkan di Tawau.

“Sebelum ini, banyak aktiviti belia di Sabah ditentukan oleh kementerian tetapi kali ini kita serahkan kepada mereka untuk menjalankan aktiviti selaras dengan selera mereka,” katanya ketika melancarkan majlis dialog dan penyerahan geran bersama pemimpin belia akar umbi Bahagian Tawau di sini Rabu.

Artikel Bekaitan

Kongsi Artikel Ini

Pendapat / Cadangan / Komen Anda